Friday, 20 June 2014

MENUNGGU FINAL EXAM PAPER TERAKHIR



Bismillah & Assalamualaikum, Selamat petang, hurmm.. yupe tergerak nak tulis entri kali ini... Almaklumlah, bahang final exam masih lagi dirasai sehinggalah kesudahan menjawab kertas peperiksaan terakhir... Nak terluah sampai tidak terkata peperiksaan semester kali ini.. Sejujurnya, saya bukan lah pelajar pintar, pelajar pandai, pelajar yang mendapat DEKAN.. erti kata lain "DEAN LIST" student.. NOPE... itu bukan saya..

Selama belajar diperingkat degree, saya tak pernah rasakan nikmat Dekan... Last pernah saya dapat masa belajar di zaman Diploma.. Pernah berhasrat untuk dapatkan, tetapi tak pernah tercapai lagi.. Orang kata "USAHA itu TANGGA KEJAYAAN".. yupe.. saya percaya.. sudah saya usahakan sebaik mungkin... tapi ternyata susah juga =D.. No easy thing in this world.. kalau mudah saja semua.. tak nampak lah usaha itu.. bagi aku, aku percaya "REZEKI".. mungkin masanya belum tiba.. Tak mengapa.. masih terus usaha...

Berkaitan dengan 6 PAPER yang telah berjaya dijawab.. Berdasarkan analisis aku... 5 paper insya'allah boleh score tapi tidaklah nak kata dapat 4flat untuk subject tersebut.. Harapan untuk lulus itu Insya'allah.. Cuma yang dirisaukan adalah berkaitan dengan 1 paper iaitu "Marine Cargo Insurance" sebab aku tak berani nak pastikan... Dalam hati mungkin aku akan bertemu semula untuk subject itu.. Walaupun dalam hati cuba seolah meyakinkan boleh tapi sejujur sedalam-dalam hati.. aku jawab tidaklah seperti paper yang lain.. Susah sebenarnya bagi aku untuk fahamkan untuk subject berkenaan.. "Aku berdoa moga pensyarah yang menanda terbuka hati dan berlembut hati dalam memberi markah yang lulus sahaja untuk pelajar yang lemah bagi subject berkenaan" 


kertas yang terakhir untuk menjawab adalah "SEAPORT MANAGEMENT" Untuk subject ini aku tak berapa juga, tapi insya'allah boleh.. cuba perlu lebihkan membaca.. Hope paper ini dapat bagi sinarlah.. Yelaa, paper terakhir semester ini kan.. Hoping ia tidak mengecewakan.. Usaha selagi MAMPU.. 

Kepada sahabat, kawan2 di Universiti Utara Malaysia.. yang mana masih mempunyai sisa baki kertas peperiksaan yang belum jawab.. Good Luck WALAUPUN pada hakikat UUM sekarang dah mula sunyi sebab ramai sudah yang sudah selesai exam dan sudahpun menikmati cuti semester mereka.. Pada yang sudah bercuti.. Selamat semuanya, semoga berjumpa lagi disemester hadapan.. Jaga diri baik-baik =)

TERIMA KASIH SEMUA
Ceria2, Senyum2 dan Sihat2 selalu.. ",)



0 comments:

Post a Comment