Wednesday, 3 September 2014

4 AKTIVITI

30 Ogos 2014 (Sabtu)

**bergambar bersama keluarga besar aku ",)

Kenduri Kahwin bagi pihak belah lelaki di Bukit Sentosa, Rawang Selangor... Walaupun Makdak aku sudah berkahwin hampir 3bulan yang lalu pada majlis pernikahan yang telah dibuat di kampung atok dan wan di Felda Sungai Koyan 1, Pahang pada 30 Mei 2014. Pasangan ini diraikan bersama-sama pernikahan adik perempuan belah Pakdak yang bernikah pada 29 Ogos 2014.. Bagi pihak sana sudah menjadi tradisi bagi keluarga mereka meraikan perkahwinan dua pasangan di dalam satu majlis.. ",)

31 Ogos 2014 (Ahad)

**sepupu yang melanjutkan pelajarannya di UNIMAS ",)

31 ogos sudah mula pelajar yang mendapat tawaran ke IPTA mula berdaftar.. tidak terkecuali sepupu aku yang melanjutkan pelajarannya ke UNIMAS.. kesian dia belajar jauh tanpa ada sedara mara disana.. Dulu Asasi di Unimas, sekarang meneruskan ijazah sarjana muda sains bioteknologi proses di UNIMAS untuk 3Tahun lagi.. kesian pergi sorang-sorang, kami cuma hantar dia di KLIA sahaja.. Tapi nasib baiklah dia dah ada pengalaman setahun disana semasa menjalani pembelajaran di peringkat asasi.. apa-apa pun semoga berjaya.. 

01 September 2014 (Isnin)

**muka kami kekenyangan setelah menjamu selera ",)

Oppss.. perancangan kami ingin membuat kejutan sempena hari kelahiran maktih aku di BurgerByte Bandar Tasik Permaisuri berhasil.. Puas punya perancangan.. ",) Akhirnya, menjadi juga kejutan kami... Tapi serius segan sebab ramai orang.. mahu tak mahu, aku terpaksalah pegang kek.. nak dijadikan cerita semua malu nak pegang kek buat surprise.. aku malu juga tapi nasib baik pakai bedak tebal 3 inci :p hahaha ;) Selamat Hari Jadi Maktih yang ke

**jeng jeng jeng ",)

02 September 2014 (Selasa)

**Selama bertahun-tahun ini lah abang yang layan kerenah dan cerita aku... ",)

Tadi petang dapat lepak dengan abang aku.. Walau sibuk dengan kerja kesana dan kemari.. sanggup datang dari puchong lepas kerja sebab tahu adik dia ini sudah mahu pulang ke UUM.. Abang ajak tengok movie dekat Leisure Mall.. Jadi, movie pilihan "Tekken 2: Kazuya's Revenge". Hahaha.. kasihan tengok abang mengantuk pula layan movie itu.. bagi aku movie itu aku bagi rating 2.5 star saja.. abang aku pula kata boring.. Next ke satay station permaisuri pekena satay... Tak dapat lepak lama sebab abang ada appointment pula dengan client malam atas urusan kerja.. apa-apa pun terima kasih banyak-banyak belanja dan belanja dan sudi luangkan masa..

Sunday, 22 June 2014

Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 56.



Bismillah dan Assalamualaikum... Alhamdulillah, Semalam telahpun kita saksikan majlis penyampaian hadiah bagi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa.. Malaysia Johan keseluruhan dengan menyapu bersih semua kategori. Berikut adalah senarai nama pemenang dan negara yang mengungguli bacaan dan hafazan pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 56 yang berkampung di PWTC Kuala Lumpur, Malaysia.. =)




Kategori Tilawah Al-Quran (Lelaki)

Johan: Malaysia 93.30%
Naib Johan: Turki 89.21%
Ketiga: Indonesia 88.72%

Kategori Tilawah Al-Quran (Perempuan)

Johan: Malaysia 90.67%
Naib Johan: Filipina 88.75%
Ketiga: Brunei 85.92%


Kategori Hafazan Al-Quran (Lelaki)

Johan: Malaysia 95.75%
Naib Johan: Arab Saudi 94 %
Ketiga: Qatar 92%

Kategori Hafazan Al-Quran(Perempuan)

Johan: Malaysia 95%
Naib Johan: Tunisia 85.75%
Ketiga: Senegal 78.50%



TERIMA KASIH
Ceria2, Senyum2 dan Sihat2 selalu.. ",)

Saturday, 21 June 2014

KEMBALI


Assalamualaikum dan selamat malam.. terasa boring pula, duduk search lagu kat youtube.. telinga ini tiba-tiba nak dengar lagu nasyid uum.. hihihi... Lagu ini menjadi lagu favorite saya.. Dinyanyikan oleh sahabat saya iaitu Rahimi dan Alif yang merupakan roommate saya sekarang.. Cuma dengar dan hayati.. Dari awal mereka berlatih dan pernah ikuti mereka membuat latihan di Pusat Budaya UUM.. sampaikan lagu ini saya dengar berulang kali tanpa jemu...

bangga tak korang, aku FANS senyap korang tanpa diduga =D
dengarkan lah kumpulan Nasyid Utama UUM :) Lirik sudah saya sediakan.. selamat mendengar =)


K . E . M . B . A . L . I

Jalan yang disangkakan indah 
Terpesona dengan tipu kenikmatan dunia 
Hanyut dalam kelekaan 
Disulami dengan lautan dosa dan noda

Apakah ini ertinya 
Kehidupan hadir tanpa batasan syariat 
Terdetik disudut hati mengharapkan 
Sinar ilahi hadir kembali di jiwa

OH.. Tuhan bawakan ku kembali padaMu, agar ku mengerti
OH.. Tuhan berikanlah ku jalan terbaik, untuk selamanya
terus berada disamping dia, aku bersyukur kerna memilikinya
Padamu ku pohon keredhaan dariMu
padaMu ku pohon...




TERIMA KASIH SEMUA
Senyum-senyum, Ceria-ceria & Sihat-sihat selalu... ",)

KATA-KATA AZIMAT 3



Dia tak menangis, tapi jangan sangka hati dia begitu juga. 
Luarannya nampak kuat, kenyataannya dia hanya bertahan dan menangis dalam diam..


5 janji Allah bagi orang yang menjaga solat :
Di dunia - berkat rezeki. 
Di kubur - terlepas seksaan kubur. 
Di padang masyar - dapat buku amalan di tangan kanan. 
Di titian sirat - lintas seperti kilat. 
Di syurga - masuk tanpa penghisaban.


Yang berpakaian, kena sopan.. Yang tak berpakaian, kena tutup diri..
Yang ada ilmu, kena sampaikan.. Yang jahil, kena belajar.. 
Yang tua, kena sayangi orang muda.. Yang muda, kena hormati orang tua..
Yang lelaki, kena jaga wanita.. Yang wanita, kena hormat lelaki..
Yang tahu, kena tegur.. Yang tak tahu, kena tanya kenapa..
Yang hensem, kena goda.. Yang anggun, kena usik...
Yang pandai, kena tunjuk...Yang bodoh, kena ambil tahu..
Yang betul, kena contohi.. Yang salah, kena jauhi... 
Yang marah, kena sabar.. Yang sabar, kena senyum selalu..


TERIMA KASIH SEMUA
Senyum-senyum, Ceria-ceria & Sihat-sihat selalu... ",)

The Company [2nd Place] | VIBE XIX 2014 [Official]


Dance dari mereka memang memikat hati... Actually saya teramat minat dalam tarian jenis begini.. tapi tak pernah mencuba dan ambil peluang mahupun tiada peluang di depan mata =D
Menari juga adalah salah satu hobby saya selain daripada menyanyi dan sebagainya... Ia boleh membuatkan saya lupakan seketika kesibukan.. Aktiviti tambahan jika ada masa terluang =)
Dulu pernah menari untuk tarian padang pasir, irama dan bersketsa sambil menari dan berlakon.. teringin juga nak menari seperti video ini.. :) lain orang lain ragamnya =D sekadar minat tambahan :)